Isnin, 10 November 2014

Hexbeam Part 1

Salam sejahtera.. Ni adalah aktiviti yang dijalan kan minggu lepas, sambungan projek hexbeam yang tergantung sebelum ini.


Mengubah suai base plate hexbeam.


Batang pancing yang digunakan,


Batang  pancing di masukkan ke base plate


Siap rangkanya..



Menggunakan tali penyidai baju untuk memegang batang pancing tersebut.


Untuk minggu ini, telah berjaya menyiapkan rangka hexbeam tersebut dan insyaallah minggu depan akan memasang element-element untuk hexbeam ini. Insyaallah..

73..

Isnin, 3 November 2014

LFA YAGI ANTENNA

LFA (Loop Feed Antenna) Yagi Antenna merupakan salah satu beam antenna yang bagus untuk di cuba.  Antenna ini boleh terus direct feed atau pon feed menggunakan balun 1:1, Terdapat banyak design yang boleh di dapati di sini.

Ini adalah 3 Element LFA yagi untuk 10m yang pernah saya buat.










Hasilnya, 78 DXCC dan melebihi 400 contact di 10m band. 

creadit to : G0KSC

E-QSL Collection

Ini adalah E-Qsl Kad yang di terima pagi ini. Terdapat juga rakan SWL dari Netherland yang menghantar E-QSL kad..






Khamis, 30 Oktober 2014

10m 2 Element HB9CV Beam

Masih mencari-cari antenna untuk 10m? Anda boleh cuba antenna ini..



Dibawah adalah sedikit gambaran antenna tersebut yang telah di buat sebelum ini..









mengikut ukuran dan design asal dari DK7ZB, ini adalah bacaan antenna tersebut.. 


Frekuensinya resonance dekat 29.600, so untuk turunkan resonace antenna ke 28.500 anda perlu memanjangkan keempat-empat element seperti jadual yang di beri di atas. 

Ini adalah hasil ujian terhadap antenna ini..



Selamat mencuba.. 73...

1:1 Current Balun

Salam, hari ini nak share pasal 1:1 Current balun yang baru di buat, barang-barang yang diperlukan adalah seperti berikut:-





Toroid di winding dengan kabel RG 58, 2+3 pusingan.



Kotak di tebuk di untuk laluan kabel rg58 dan connector so239



Masukkan toroid yang telah di winding tadi kedalam kotak.



Tutup kotak dan inilah hasilnya.. heheh..



Hasil ujian 6m - 40m

Selamat mencuba.. 73 :)

Selasa, 28 Oktober 2014

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Peperiksaan Radio Amatur siri 12/2014 akan di adakan seperti berikut:-


Kepada yang berminat boleh mendaftar dan membeli baucer di sini .  Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 16 November 2014.  Untuk info lanjut boleh ke lawan web SKMM.

Selamat mendaftar..

73, de 9M2OOO

Isnin, 27 Oktober 2014

Hasil tuaian 28/10/2014

Hasil dari menyertai CQWW 2014, Eqsl kat telah mula diterima untuk "conform qso". Eqsl kad ini adalah aplikasi digital dimana ianya memudahkan kita untuk menghantar QSL kad secara digital.  Dengan adanya aplikasi ini, kita tidak perlu untuk ke Pejabat pos, tidak perlu penggunaan setem, sampul surat dan sebagainya.

Aplikasi ini sangat mudah dan menjimatkan untuk kita membalas Eqsl yang diterima dari rakan-rakan yang telah kita hubungi. Pendaftaran boleh di buat di www.eqsl.cc.