Khamis, 30 Oktober 2014

10m 2 Element HB9CV Beam

Masih mencari-cari antenna untuk 10m? Anda boleh cuba antenna ini..



Dibawah adalah sedikit gambaran antenna tersebut yang telah di buat sebelum ini..









mengikut ukuran dan design asal dari DK7ZB, ini adalah bacaan antenna tersebut.. 


Frekuensinya resonance dekat 29.600, so untuk turunkan resonace antenna ke 28.500 anda perlu memanjangkan keempat-empat element seperti jadual yang di beri di atas. 

Ini adalah hasil ujian terhadap antenna ini..



Selamat mencuba.. 73...

1:1 Current Balun

Salam, hari ini nak share pasal 1:1 Current balun yang baru di buat, barang-barang yang diperlukan adalah seperti berikut:-





Toroid di winding dengan kabel RG 58, 2+3 pusingan.



Kotak di tebuk di untuk laluan kabel rg58 dan connector so239



Masukkan toroid yang telah di winding tadi kedalam kotak.



Tutup kotak dan inilah hasilnya.. heheh..



Hasil ujian 6m - 40m

Selamat mencuba.. 73 :)

Selasa, 28 Oktober 2014

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Peperiksaan Radio Amatur siri 12/2014 akan di adakan seperti berikut:-


Kepada yang berminat boleh mendaftar dan membeli baucer di sini .  Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 16 November 2014.  Untuk info lanjut boleh ke lawan web SKMM.

Selamat mendaftar..

73, de 9M2OOO

Isnin, 27 Oktober 2014

Hasil tuaian 28/10/2014

Hasil dari menyertai CQWW 2014, Eqsl kat telah mula diterima untuk "conform qso". Eqsl kad ini adalah aplikasi digital dimana ianya memudahkan kita untuk menghantar QSL kad secara digital.  Dengan adanya aplikasi ini, kita tidak perlu untuk ke Pejabat pos, tidak perlu penggunaan setem, sampul surat dan sebagainya.

Aplikasi ini sangat mudah dan menjimatkan untuk kita membalas Eqsl yang diterima dari rakan-rakan yang telah kita hubungi. Pendaftaran boleh di buat di www.eqsl.cc.













Di sini bermulanya ....

Alhamdulillah, pada tarikh 17 Oktober 2014, secara rasminya 9M2OOO adalah callsign baru saya dimana menggantikan callsign 9W2ADC yang digunakan sebelum ini dari tahun 2005.

Ini adalah berikutan saya telah lulus Ujian penerimaan dan penghantaran Morse Code siri ke-2 2014. Hasil pembelajaran cw selama ini dan juga dengan bimbingan dari Pak Nordin (9M2NRS) salama 3 minggu sebelum peperiksaan tersebut.  Selama 3 minggu juga setiap malam berulang-alik dari Bandar Tun Razak ke Sri Gombak untuk menuntut ilmu.  

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pak Nordin dan juga rakan-rakan lain yang banyak memberi sokongan dan galakan selama ini diantaranya Aimil (9M2AUR), Bujat (9M2AIS), Man Botak (9M2BMX), Amrie (9M2RIE) rakan-rakan V47 dan V33.

Dengan ini bermulalah penerokaan baru dalam dunia Amatur ini.