Isnin, 27 Oktober 2014

Di sini bermulanya ....

Alhamdulillah, pada tarikh 17 Oktober 2014, secara rasminya 9M2OOO adalah callsign baru saya dimana menggantikan callsign 9W2ADC yang digunakan sebelum ini dari tahun 2005.

Ini adalah berikutan saya telah lulus Ujian penerimaan dan penghantaran Morse Code siri ke-2 2014. Hasil pembelajaran cw selama ini dan juga dengan bimbingan dari Pak Nordin (9M2NRS) salama 3 minggu sebelum peperiksaan tersebut.  Selama 3 minggu juga setiap malam berulang-alik dari Bandar Tun Razak ke Sri Gombak untuk menuntut ilmu.  

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pak Nordin dan juga rakan-rakan lain yang banyak memberi sokongan dan galakan selama ini diantaranya Aimil (9M2AUR), Bujat (9M2AIS), Man Botak (9M2BMX), Amrie (9M2RIE) rakan-rakan V47 dan V33.

Dengan ini bermulalah penerokaan baru dalam dunia Amatur ini.









2 ulasan: